Sahabat Pena Luar Negara; Apa Perlu Buat?
Assalamualaikum dan haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Saya tahu memang lama saya tinggalkan penulisan blog ni.
Entry kali ni nak cerita pasal hobi baru sebab PKP kan lama sangat. I decide to find new things to try. So i found this penpalling stuff is interesting. Sebab macam eksaited la kan, dapat surat dari luar negara. Uwuu. Tapi sahabat pena ni takdelah femes sangat kat Malaysia.
Dipendekkan cerita, saya cari medium atas talian yang bolehkan saya untuk cari sahabat pena luar negara. Dan saya jumpa Snail Mail. Ini gambar website dia. Memang boleh jumpa kawan luar negara. Tapi.......nanti saya gitau pebenda korang kena buat sebelum cari sahabat pena luar negara.
Ini link website nya: https://www.snailmailpenpals.net/ . You guys can click-click and ushar la kalau berminat hehe.
Oh okey, ini dia "Apebenda Korang Nak Buat Sebelum Terjah Masuk Sahabat Pena aka Penpal"
1. Website yang dipercayai
Saya bukan jenis terjah masuk je tau. Da check da feedback penpal kat snail mail ni memang tak harmful/berbahaya. Takut juga kalau terdedah kat hacker, canoiii? So da godek2 cari kat internet, jumpa lah snail mail ni dan saya pun sign up la tuk akaun saya.
2. Create Account
Ha, korang ni pun janganlah terlalu jujur innocent letak data betul korang. JANGAN letak tarikh lahir sebenar (saya ubah tahun kelahiran sebab tarikh birthday tu penting, i'm hoping for them sending birthday postcard hehhehehe).
Gambar pun letaklah dari belakang ka, gambar tangan ka. Jangan letak muka, kita kena berhati-hati mana tau ada orang guna gambar kita tuk benda ta baik. Susah nanti. Luar negara ni kadang orang pelik-pelik. Dahla kita ta kenal, cehhhhhhhhhhhhhhhh
3. Cari kawan/ Terima kawan
Cari kawan memang la senang, boleh hantar friend request kat dorang. Mostly akan terima la request tu. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kalau korang nak mulakan sahabat pena, korang kena hantar message kat dorang. Dorang pun takut kena scam. Baik-baik ah minta nak jadi penpal friend dan memasing hantar snail mail/ postcard. Tapi saya prefer postcard la senang dan ada gambar. hmmmmmm saya patut hantar postcard juga. Penat la buat surat nak cantik2, tapi best boleh letak banyak benda dalam sampul.
Kadang bukan setakat ada yang minta jadi penpal, yang tengah cari kekasih hati pun boleh jumpa tau. Ah korang bebaik la jaga diri. Cek dulu dorang punya profile. Kalau mencurigakan (curiga sikit pun) jangan balas message hahahahahhaha. Biar dorang tunjuk effort, yang penting dapat sahabat pena, bukan kekasih da pulakkkkkk.
4. Banyak Surat Kena Buat
Korang janganlah cari banyak sangat sahabat pena pastu janji nak hantar snail mail. Ohhhhhhhh penat wooo. Harga setem luar negara boleh la mahal (RM2.50-RM4.80), pastu bukan kau dapat income pun heehehhehe. Cukuplah cari 5 penpal pastu komitmen selamanya.
Janganlah sampai putus kawan :') senyap tetiba,,,,,,,,,,,,ashedih
5. Bukan setakat Snail Mail
Alhamdulillah la saya dapat sahabat pena yang baik-baik. Tapi ni saya gitau awal-awal, nak buka tutup mesej kat website snail mail tu leceh, kena sign in aje. Benda ni tade apps. So korang gitau la kawan-kawan penpal berhubung guna medium lebih senang.
Kalau saya sendiri, ada melalui emel, whatsapp, instagram dan google hangouts. Nak tanak kena download apa yang tade sebab dorang pun nak kawan luar negara tapi ada yang takde duit, dari keluarga tak berkemampuan. Maksudnya takde lah semua penpal boleh hantar snail mail. Sesetengah tempat ada yang takde servis pos.
Okey da tu je setakat ni.
Tapi siyes saya banyak muhasabah diri like being Malaysian & Muslim is soooooooooo grateful. Banyakkan guna istilah 'In Shaa Allah', 'Alhamdulillah' dan lain-lain la. Sebab dorang tak terdedah dengan agama Islam. Koranglah perantara, tunjuk contoh yang baik.
Ni penting!!!!!!!!!!!!
Haritu (7/8/2020) saya pergi pejabat pos cawangan Banting dan dia gitau servis hantar pos antarabangsa ditutup sementara sebab Covid-19. Tapi penerimaan surat dari luar negara ikut keadaan lah. Ni notis pejabat pos tu.
https://www.pos.com.my/media/4950/notice-temporary-suspension-v20.pdf
Nak tunjuk sikit saya punya hasil penpal yang tergendala tak boleh hantar lagi huhuuhhuh
^ saya punya penpal profile. Tak letak nama sebenar pun, letak nickname je.^ contoh surat tuk sahabat luar negara. Tapi ta boleh hantar lagi sebab pos antarabangsa Malaysia tutup sementara.
So, tu je la. Tunggu la next entry.
Bye, Assalamualaikum!!!!!!!!!!!!!!!
XOXO, Kavackci



Assalamualaikum. Hai! Post yg sgt bermanfaat.
ReplyDeleteDengan keadaan pandemik yg berlaku skrg saya masih tak pasti kita boleh send surat ke luar negara ke tak. Rasa sayang sebab dah tinggalkan hobi pena lama. Sejak awal bulan 1 haritu. Lepastu kita kan dah PKP. Sejak tu tiada respon dari kawan kawan di luar negara. Surat dari mereka pon tak dapat. Saya sedih.
Btw, saya Hanis. Saya baru terperasan emel awak tanya pasal ig saya. Boleh emel saya semula : mellonies95@gmail.com Terima kasih !