Dakwah menurut para ilmuwan
Hai, assalamualaikum!
So, untuk entry kalini just nak share nota-nota kuliah sepanjang menjadi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Gunaan (Antropologi & Dakwah) di UniSZA.
Buku-buku nota kuliah semua da rosak sebab kena hujan dalam rumah sewa haritu musim tengkujuh di Terengganu. Sebelum membuang buku-buku yang da rosak ni, seeloknya saya kekalkan ilmu dalam blog saya ni. gittuuuww~ Semoga bermanfaat!
Subjek : Dakwah, Teori & Aplikasi
Peranan Media Dalam Islam
1. Manusia dikurniakan Allah kemahiran untuk berfikir.
2. Teknologi merupakan 1 peluang dan kebaikan kepada manusia.
3. Kebaikan untuk menyebarkan pelbagai maklumat kepada umum dengan tujuan murni seperti dakwah.
4. Keperluan dicurahkan oleh umat Islam dan pilihan alternatif dalam teknologi.
5. Penggunaan media seharusnya menekankan konsep tauhid dan menjadikan Islam sebagai acuan kehidupan.
6. Media Islam mesti selari dengan peranan agama (Surah Al Hujurat : 6 )
7. Peranan media harus dibawa berdasarkan prinsip kebenaran dan disokong fakta atau bukti yang jelas untuk mencapai logik pemikiran sebagai asas kefahaman manusia.
8. Tanpa bukti/ fakta akan merosakkan perpaduan dan berlaku perpecahan umat Islam kerana salah faham dan penjelasan yang kurang kukuh.
9. Media seharusnya dipantau pengawal media yang menjadikan media sebagai platform pengembangan ilmu agama.
10. Dakwah di media perlu disampaikan secara sistematik/ bijaksana untuk membantu masyarakat lain memahami kehendak Islam.
Dakwah Menurut Para Ilmuwan
Dari segi etimologi (bahasa) adalah - kata kerja (da'a/ yad'u) bermaksud panggilan/ seruan/ ajakan
Dari segi terminologi (istilah) adalah - seruan yang ditujukan kepada manusia oleh Allah dengan rasulNya supaya percaya dan yakin kepada agama sebenar iaitu Islam (encyclopedia of Islam)
3 sifat umat Islam sebagai umat terbaik;
1. menyuruh yang makruf (baik & benar)
2. mencegah yang mungkar (jahat & buruk)
3. beriman kepada Allah
Menurut Ibn Taimiyyah, dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para rasulNya dengan membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.
Menurut Prof Ismail Al Faruqi, dakwah merupakan satu usaha untuk mengingati semula fitrah kejadian @ satu usaha memberi hadiah yang berharga kepada orang lain, ia berupa menyampaikan kebenaran kepaad orang yang diseru dan menjemput orang lain menggunakan kebenaran ini. Dakwah adalah seruan kepada kebebasan - bebas daripada tuhan-tuhan berhala dan kuasa zalim.
Al- Ghazali (1981) menjelaskan bahawa dakwah adalah satu program yang lengkap untuk semua peringkat mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan manusia dengan menjelaskan tujuan dan matlamat hidup. Dakwah juga menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepeada manusia.
Itu saja untuk nota #1 kali ni! Jumpa lagi!
Comments
Post a Comment