Cerpen; Aku & Tuhan.

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri. Begitulah juga pengalaman dia dengan Tuhan. 

Aku berpindah sekolah. Ini merupakan sekolah menengah aku yang kedua. Bulan 7 tahun 2011. Hidup asrama pertama.

Bersama-sama bagasi dan bantal peluk yang dihadiahkan makcik aku tahun itu, aku melangkah masuk ke dorm yang asing . Semua ahli bilik hanya menyambut dengan pandangan & senyuman. Lalu aku keluar mengiringi permergian orang tuaku pulang ke rumah, meninggalkan aku di asrama. Aku tersenyum pahit. Menelan air liur pun seakan tersangkut.

Malam itu berlalu seperti biasa, cuma disebabkan aku di katil atas (katil 2 tingkat), aku mengambil besi penghadang katil di katil lain lalu aku sangkutkan di katilku. Siapa punya entah. Yang aku tahu, penghadang besi tu berguna waktu aku tidur sebelum aku terjelepok jatuh macam nangka busuk malam2.

Sebenarnya sudah beberapa malam penghadang besi tu diambil oleh seseorang. Aku malas nak berebut, asyik hilang je malam2. Lantas aku terus panjat tangga untuk tidur. Salah seorang ahli dorm yang rancak berkumpul berborak, menegur aku. "Iffah, taknak join ke? Meh la borak2." Sebagai budak baru masuk, aku segan mahu menyertai mereka. Lagipun sudah jam 10 malam, aku patut tidur sebab nanti tidur lewat bermakna bangun lewat. Itu aku.

"Erk, takpelah." Itu je aku balas. Sampai atas katil aku memerhatikan mereka sambil bisik kat hati, 'takpelah. Nanti2 lah aku try join diorang'.

Aku pun berselimut. Memikirkan kehilangan penghadang besi itu membuatkan aku terasa sensitif. Tiada siapa peduli kalau aku jatuh, kenapa ibu ayah tinggalkan aku kat asrama? Sekolah sebelum ni lebih baik.

"Dia selalu tidur awal, kan?", aku terdengar mereka berborak. Menyangka aku sudah lena dibuai mimpi.

"Dia taknak join kita ke?". Aku pantas menutup mata dengan harapan aku terus tidur. Tetapi air mata yang mengalir. Biasalah, budak baru kena tinggal di asrama. Rindu rumah, rindu ibu ayah menyelubungi diri aku bersama senyap sendu tangisan dalam selimut. Merasakan menangis tiada guna, perkara sudah pun terjadi, aku berselawat sehingga aku tertidur. Sebab aku kagum dengan video yang aku tengok, selawat sehingga tidur menjadi kebiasaan dia sehinggakan suatu malam itu, dia bermimpi Rasulullah. Jadi, aku berharap juga begitu. Malam2 sebelum ini juga aku amalkan tetapi masih tiada keajaiban berlaku. Bukan mahu berputus asa, tetapi disebabkan itu amalan yang baik, aku teruskan.

Malam itu, hujan lebat. Disebabkan katil aku bersandar ke tingkap, angin kuat yang sejuk memaksa aku menarik selimutku yang nipis. Bunyi hujan lebat sedikit menakutkan aku. Namun, mata aku terasa berat mahu buka disebabkan menangis tadi. Lalu, tidur sajalah.

Kali ini, sejuknya sampai ke tulang. Aku membuka mata. Antara sedar dan mamai. Aku di atas lantai simen tanpa jubin. Jatuh meniarap. Sejuknya lantai ni. Aku bangun lalu mengambil selimutku dan baring di katil bawah yang kosong. Aku malas nak berfikir apa2 lagi waktu itu kerana mengantuk dan sejuk yang menerkam diri. Kemudian aku tertidur semula. Cukup lena.

Pagi itu, aku bangun seperti biasa. Loceng asrama ditekan lalu mengeluarkan bunyi yang nyaring, mengejutkan aspuri untuk solat Subuh berjemaah. kriiiinnngggggg. Usai solat subuh, aku kembali memikirkannya. Aku tahu aku jatuh. Tapi aneh, tiada yang sakit. Kepala tak terasa terhentak. Tiada jawapan, lalu aku terus mendiamkan pengalaman ini selama seminggu. Tangan kiri aku mula terasa lenguh yang amat.

Balik ke rumah, aku menceritakan pada ibuku.

"Iffah rasa ni mesti sebab iffah selawat malam2 tu". Ibu aku tersenyum.

"Malaikat sambutlah tu". Aku tersentak.

Saat itu, aku merasakan dekatnya Tuhan. Engkau tahu apa yang aku usahakan. Walaupun tak dapat bermimpikan Rasulullah, tetapi andai benarlah tanggapan ibuku itu, izinkan aku menyaksikan kejadian sebenar itu di akhirat nanti. Allah benar2 memandang aku, kau, kita. Takutlah jika Dia tidak memandang aku lagi, aku taknak ditinggalkan Dia. Benarlah kata2 Syeikh Ramadhan Al-Buti," Allah lebih menyayangi kita berbanding diri kita sendiri".

Sampai sekarang, kisah itu masih segar dalam ingatan. Aku malas nak buka cerita semula sebab merasakan, perkara ini boleh jadi ilusi dan dongeng bagi si pendengar. Tapi tulah, aku pun sampai sekarang masih tertanya kesahihan pengalaman itu sendiri. Lenguh lengan je??? Aku sendiri tak percaya. Tapi terbaring atas lantai tu, aku memang rasa.

Last lah, sebenarnya aku nak cakap. Kadang2 amalan kecik yang kita selalu buat tulah, yang membawa hikmah tanpa kita sedar. Sebenarnya aku da buat banyak kali eksperimen cemni. Aku pernah try juga buat Qiamullail masa form 5, time tu en nak SPM, aku tak pernah tinggal sebab aku nak tengok apa pulak Tuhan nak hadiahkan ni. Tapi selain niat yang tuh, aku memang sungguh la minta kat Allah, addmath, kimia & fizik aku sumpah lembap gila. Dengan formula dia lagi nak ingat, mana tak terabur semua tu kat otak. Sebab aku asyik berkepit dengan biologi. Alhamdulillah, 6A dalam tangan. Addmath & fizik aku C, kimia aku dapat D. Aku mula percaya keajaiban solat malam. Kalau semua amalan ni bawa kebaikan kat dunia, apatah lagi kat akhirat nanti.

Aku cerita bukan nak riak, cuma aku rasa masih belum terlambat untuk kita semua mencari 1 amalan yang menjadi kebiasaan diri sendiri. Hanya diri kau & Tuhan yang tahu. Kadang aku pun tersasar, like.. orang islam sendiri pun kena cari Allah, InsyaAllah hidayah tu dia rasa cemna. Last lah, aku nak share mak aku kata.

"Tak lengkap hari kita tanpa solat Dhuha".
So, jom dhuha.

p/s : semoga Allah kurniakan kesenangan untuk kita beribadah :) weh, kau rasa penulisan aq yang ni kasar tak? Sebab aq asyik terfikir. Haaaa, cer komen kasi tahu aq sikit.

Comments

Popular posts from this blog

Sahabat Pena Luar Negara; Apa Perlu Buat?

Terengganu Challenge 2017 volunteering! UniSZA ft. UMT